Welcome to Cengal Condo Official Portal
Selamat Datang
Selamat datang ker Portal rasmi penduduk Cengal Condominium. Pihak pengurusan JMB mengalukan kedatangan anda ke web ini. Sebagai penghuni Cengal Condo, kita akan bekerja sama untuk menguruskan prasarana dan hal ehwal di dalam komuniti ini. Maklumat terbaru akan sentiasa di kemaskini dan dimasukan dalam portal ini. Anda tidak perlu register di portal ini, tetapi anda perlu register di ruangan forum.
Cengal condo adalah salah satu dari condo yang dimajukan oleh DwiTasik Sdn. Bhd. Lokasi yang strategik serta kemudahan yang tersedia ada dan kecantikan alam sekitar di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Lrt, Komuter, Express Rail dan beberapa lingkaran lebuh raya yang mudah dihubungi menjadikan lokasi Cengal Condo begitu popular dan strategik.
Kedai kedai perniagaan dan restoran mamak yang banyak serta sebuah sper market memberikan kelebihan kepada penduduk sekitar Bandar Sri Permaisuri. Pejabat kerajaan sepertu JPJ, Hospital HUKM dan pejabat pendaftaran yang memberi kemudahan kepada penduduk. Di celah celah kepesatan tersebut, Cengal Condo wujud memberikan kediaman yang sempurna kepada penduduknya. Cengal Condo yang mempunyai 2 blok bangunan di sediakan berbagai kemudahan kepada pemghuninya seperti kolam renang, pusat kecergasan, parking kerata berbumbung dan terbuka dan dilengkapi pengawal keselamatan 24 jam menberikan kedamaian dan ketenangan kepada penghuninya. Penghuni yang datang dari berbagai bangsa dan agama serta berbagai negeri hidup aman bersatu padu.
Sebarang cadangan dan komen tentang Web dan juga perkara lain berkaitan Cengal Condo, sila kemukakan dalam forum.
Daftar
Apa yang menarik dan hebat sangat jadi ahli berdaftar dalam web ni? Ada berita dari JMB ker? Ada info terkini ker?
Anda nak tahu apa menarik?, kena lah register dulu. Nanti anda tak kan jadi penduduk yang ketinggalan. Maklumat yang ada dalam web ni memang up to date. Nanti bila anda log in banyak lagi menu yang akan anda lihat. Anda akan dapat berforum sesama penduduk, dapat melakukan aktiviti jual beli sesama penduduk, atau anda mungkin mencari barang yang anda tak dapat cari. Selain itu, anda juga dapat mengenali antara satu sama lain dalam komuniti Cengal ini. Anda mungkin belum kenal orang sekeliling anda. Jadi dengan cara ini anda mungkin lebih rapat dengan jiran anda itu. Anda juga boleh submit artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Sumbanglah ideakreatif anda untuk sama sama kita manfaatkan.
Bagaimana nak mendaftar? hemm, senang jer. Klik pada Menu Forum dalam Main Menu, klik pada register, ikuti arahan seterusnya dan isikan maklumat yang perlu dan sahih sahaja. Ingat, hanya untuk penduduk Cengal Condo sahaja tak kiralah pemilik ker atau penyewa. Yang penting anda tinggal di salah sebuah unit di Cengal Condo. Jangan masukan maklumat palsu pula. Admin site ini akan sentiasa mengawasi segala perjalan web dan forum ini.
Selamat mendaftar..
Admin
Carta JMB 2010/2011
Salam Sejahtera,
Berikut adalah senarai ahli JMB terkini untuk penggal 2010/2011.
Click di sini
Mentaliti
Sekadar renungan bersama
Kepada penghuni Cengal Kondominium yang dihormati..
Kita merupakan manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan tetapi dikurniakan akal yang perlu digunakan untuk membezakan mana yang buruk atau yang baik. Janganlah kita meletakan mentaliti kita ditahap ketiga seperti yang telah berlaku di sini. Saya merupakan seorang dari ratusan penghuni di Cengal Kondominium berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Di bawah ini saya senaraikan situasi situasi yang berlaku yang pada hemah saya merupakan sikap-sikap yang tidak bertanggungjawab segelintir mereka-mereka yang tidak bertamadun yang menghuni di sini, contohnya :
- Mencampakan plastik minuman, tisu dan kertas ke bawah. - perkara in berlaku di hadapan mata saya sewaktu bermain badminton pada petang Sabtu yang lalu.
- Menghisap rokok dalam lift
- Suka meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya
- Tidak meletakkan kenderaan di blok C & D(OWNER) lebih rela meletakkan kenderaan di lot parking pelawat
- Membuat bising di waktu malam (rumah bujang)
- Tidak membuang sampah ke dalam tong yang disediakan di bilik sampah tetapi mencampakkannya di atas lantai sahaja
- Membuat kerja-kerja vandalisme seperti sengaja merosakkan kemudahan yang disediakan
Marilah kita berusaha untuk menjadi warga kelas pertama. Janganlah kita menjadi warga kelas ketiga yang tidak mempunyai tamadun, tiada tanggungjawab, pentingkan diri sendiri dan tiada keprihatinan sesama jiran tetangga. Hormatilah perasaan dan hak penghuni yang lain. Mengambil ayat daripada penulis blog ini " Janganlah mengharapkan yang terbaik datang kepada anda tanpa anda berusaha untuk mendapatkan yang terbaik"
IKHLAS DARIPADA
ROGER
CENGAL CONDOMINIUM
Comments (0)
Comments (0)
Last Updated ( Saturday, 02 April 2011 13:54 )














